SecoretTinta.Net Rotating Header Image

Bomoh dan Kita

bomoh

salam alaik..

saya ingin berkongsi pesanan yang sering diulang-ulang oleh ustaz Harun din berkenaan perbomohan di alam melayu raya ini. sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, masyarakat kita terlampau taksub dengan perbomohan ini, cuba kita perhatikan, jika ada kecurian, jika ada barang yang hilang, jika berlaku sakit tubuh badan, masyarakat kita akan menemui bomoh-bomoh tertentu untuk meminta pendapat samada berkaitan barang yang hilang, masalah kesihatan dan lain-lain tujuan. Dalam Islam, menemui seseorang yang mendakwa boleh mengetahui sesuatu yang ghaib boleh membawa kepada KUFUR kepada ALLAH.

sahabat-sahabt sekalian, teliti hadith ini:-  daripada Safiyyah, Rasulullah s.a.w bersabda: sesiapa yang mendatangi seorang a’rraf dan bertanya sesuatu maka tidak diterima amalannya selama 40 hari.(shahih muslim)

hadith lain:

sesiapa yang mendatangi ahli sihir atau kahin ataau a’rraf lalu mempercayai dakwaan mereka,sesungguhnya dia telah kufur kepada Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w

a’rraf disini merujuk kepada tukang tilik. kahin ialah orang yang mendakwa mengetahui perkara ghaib (mungkin kita rasa tok bomoh @ ‘ustaz’ yang kita jumpa tak mendakwa mengetahui ilmu ghaib, tapi amat biasa bagi golongan ini yang mengatakan ‘engkau kene buatan orang ni, ade orang dengki dengan engkau ni, barang engkau ada dengan si polan si polan, barang yang hilang tu ada dekat sini sana sinun) tak samakah keadaan itu dengan dakwaan mengetahui perkara ghaib? perkara ghaib hanya Hak Allah semata-mata.

teliti dalil ini pula :

Daripada A’ishah r.anha: “Kata A’ishah, telah disihir Rasulullah s.a.w oleh seorang lelaki daripada Bani Zuraiq dikatakan lelaki itu ialah Labid bin al-A’sam al-Yahudi. Rasulullah s.a.w berasa tidak keruan, perkara yang telah dilakukan, baginda merasa ragu sudah dilakukan atau tidak. Nabi bertanya A’ishah, “Wahai A’ishah, apakah kamu tahu bahawa Allah S.W.T telah melakukan sesuatu ke atas diriku? Nabi menyambung dengan katanya, “ada dua orang laki-laki datang kepada ku ketika aku sedang tidur, maka salah seorang berada disisi kepalaku, seorang lagi berada disisi kakiku, maka seorang daripadanya bertanya kepada kawannya, ‘apakah sebenarnya yang dideritai oleh Muhammad ini? Maka seorang lagi menjawab, dia telah disihirkan orang. Ditanya lagi, siapakah yang telah mensihirnya? Dijawab lagi, sihirkan oleh Labid bin al-A’sam. Ditanya lagi dengan apakah dilakukan sihir itu? Jawabnya, digunakan sikat rambutnya, dengan satu ikhtiar lain (sihir). Ditanya, di manakah diletakkan barang-barang tersebut? Dijawabnya, ditanam dalam sebuah perigi namanya Perigi Darwan. Maka ditanya lagi, dengan apakah kita akan merawatkan Muhammad ini? Maka dibacakan beberapa ayat dari al-Quran. Nabi Muhammad s.a.w sedar dari tidurnya maka diberitahu kepada A’ishah, “Bahawasanya, Allah S.W.T telah menyembuhkan aku dan aku tidak mahu hal ini menjadi fitnah di kalangan manusia dan aku telah sembuh.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

dalam situasi tersebut, Rasulullah s.a.w sendiri tidak mengetahui Baginda disihir, sehinggalah Jibrail AS memberitahu kepada Rasulullah s.a.w, jadi sahabat-sahabat sekalian, teramat jelas kepada kita bahawa kebanyakan bomoh dan ‘ustaz’ yang melakukan demikian, jadi andai kita menghadapi sebarang masalah kembalilah hanya kepada Allah dan gunakanlah segala saluran bantuan yang berkaitan selagi halal . sama-sama kita jauhi daripada terjebak dengan amalan yang boleh membawa kesyirikan ini.

sekian terima kasih.

saya ingin mengesyorkan kepada sahabat-sahabat semua untuk memiliki buku ustaz Harun din yang terbaru ” menjawab persoalan makhluk halus:kaitannya dengan penyakit dan pengubatan” dan buku-buku lain yang berkaitan perubatan islam..teramat baik untuk kita ketahui.

  • Share/Bookmark

Kartika+ Arak + Sebat + Pemimpin [updated]

Lewat kebelakangan ini, isu model kartika yang dikenakan hukuman sebat begitu hangat diperkatakan. Begitu ramai ahli politik yang tampil memberikan cadangan dan juga pembelaan kepada kartika. Tak kalah juga pihak yang menyokong pelaksanaan hukuman tersebut. Saya selaku orang yang jahil tentang agama ini terpaksa mencari info tambahan selain akhbar utama negara berkaitan isu ini untuk mengetahui duduk perkara sebenarnya.

Sememangnya saya tahu tentang hukuman sebat dalam Islam, namun ini kali pertama ia dilaksanakan, jadi banyak pihak terceloteh kerananya. Saya hanya ingin tahu mengapa ramai dikalangan pemimpin negara seolah-olah cuba berdolak-dalik tentang pelaksanaan hukuman tersebut. Ada yang suruh buat rayuan, ada yang suruh kaji semula keputusan dan ada yang kata tak boleh buat sebab tak ada pakar sebat.

sebat

Pada mulanya, saya seorang yang bodoh lagi tidak pandai ini hendak percaya saja apa yang berita tu sampaikan, namun tetiba pula dalam youtube dikeluarkan video ini.

Menurut sumber, video ini merupakan rakaman demonstrasi sebatan perbandingan di antara sebatan Syariah, dan sebatan undang-undang Sivil. yang dipetik daripada Seminar Hukuman Sebat Jenayah Syariah 23 April 2009, Anjuran JAKIM di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putra Jaya (PICC).

Jadi saya pun mula pening, seminar ni dibuat sebelum kes ini dibuka pada masyarakat. Jika ada seminar, maknanya ada pakar yang menerangkan tentang perbezaan hukuman sebatan ini. Maknanya ada pakar yang boleh melaksanakan hukuman ini. Lepas tu pula, yang mengajurkannya ialah JAKIM bukannya persatuan pelajar sekolah menengah ugama rakyat yang tak diiktiraf kerajaan Malaysia. Aduhai, pening sungguh saya dibuatnya.

Jadi, saya yang bodoh lagi hina ini masih menunggu info lain yang boleh menjernihkan kepeningan ini, mungkin daripada Majlis Fatwa Kebangsaan yang sangat cekap dan pantas mengeluarkan kenyataan berkaitan isu penyokong UMNO tidak masuk syurga tempoh hari.

fatwa

Dan yang terakhir, gambar yang agak kontroversi yang saya jumpa dekat internet, mungkinkah ada kaitan dengan gambar ini hukuman itu ditangguhkan?

hishamudin

Semoga terbuka sedikit fikiran kita,dan fikir-fikirkanlah bagi yang belum mendapat jawapan.

[update]

“Di Kelantan seramai enam orang lelaki telah disebat (atas kesalahan minum arak). Tahun 1997 - empat orang, tahun 2001 (seorang), dan 2003 (seorang).

“Hukuman sebatan Syariah terhadap seorang pesalah wanita pernah diputuskan oleh Mahkamah Syariah Johor pada 2000. Namun pesalah berkenaan telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah dan hukuman sebatan telah diketepikan,” jelas Nasrudin lagi.

Berbeza dengan tanggapan umum seperti dilaporkan media, beliau malah berkata Jabatan Penjara sudah mempunyai 171 orang tukang sebat, termasuk wanita yang terlatih.

“Kesemua mereka terlatih dalam menyebat secara sivil, syariah dan kanak-kanak,” katanya.

Jelasnya lagi, kaedah sebatan berkenaan telah diterima oleh hakim rayuan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Datuk Muhammad Asri Abdullah.

http://www.malaysiakini.com/news/112494


  • Share/Bookmark

Flash E-book : Al-Quran

quran-flash2

Salam alaik, dah lama saya menyepikan diri. Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, saya ingin kongsikan Al-Quran Flash khusus untuk semua sahabat seagama yang suka mengadap PC@laptop lama-lama(macam saya).

Al-Quran flash ini adalah salah satu Flash E-book yang memaparkan gambar sebenar dengan memberikan pengalaman pembacaan yang sungguh selesa. Kali ini saya kongsikan A-Quran Flash versi Tajwid yang mana mempunyai tanda-tanda baca tajwid setiap helaiannya.

Selamat Beribadah.

Download: Hotfile

Official Download Site: Al-Quran Flash Tajwid

Blog Widget by LinkWithin
  • Share/Bookmark